MEI 2022

GPS Backbenchers Night


KUCHING, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg serta isteri hadir meraikan Majlis Malam GPS Backbencers bertempat di sebuah hotel di Kuching. 

Majlis yang meriah dan penuh kesyukuran bagi meraikan kejayaan dan penghargaan kepada semua ahli GPS  Backbencer yang telah berjaya bersidang selama lapan hari pada Mesyuarat kedua, penggal Pertama DUN Sarawak. 

Dalam ucapan terima kasih, YAB Abg Jo menghargai semua ahli GPS Backbenchers yang telah berjaya mempamerkan penghujahan yang amat berkualiti tinggi serta  berfakta.

Beliau juga merakamkan terima kasih juga kepada semua kakitangan Kerajaan Sarawak dan semua mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung menjayakan persidangan tersebut. 

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak YB Prof. Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN, Datuk Amar Awg Asfia Awg Nassar, Ketua Whip DUN Sarawak, YB Dato Haji Ibrahim Baki, Menteri-Menteri, Timbalan Ketua Menteri, ADUN GPS serta dif-dif kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku